PUTRAJAYA, 9 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Perdagangan Luar Luxembourg, Xavier Bettel, di Putrajaya.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, Datuk Seri Anwar berkata pertemuan itu menyaksikan kedua-dua negara bertekad memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan logistik.
"Platform ini juga kami gunakan untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk peranan dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan situasi di Timur Tengah, khususnya Palestin selain meningkatkan kerjasama erat melalui rangka Kesatuan Eropah demi manfaat kedua-dua negara," jelasnya dalam hantaran tersebut.