fb fb fb fb fb

RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025 perkukuh keyakinan pelabur

M. Kulasegaran

KUALA LUMPUR, 9 September - Rang Undang-Undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 dijangka menyediakan kerangka perundangan jelas moden, jelas dan berkesan bagi pelaksanaan prosiding insolvensi selaras dengan piawaian amalan terbaik antrabangsa

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata, ia diperkukuh dengan keyakinan pelabur terhadap sistem perundangan negara

RUU Insolvensi rentas sempadan 2025; berpandukan empat prinsip utama sebagaimana digariskan dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) 'Model Law on Cross-Border Insolvency (MLCBI)'

Ia termasuk; akses langsung untuk wakil asing ke mahkamah tempatan, Pengiktirafan prosiding insolvensi asing; Pemberian relief yang sewajarnya dan prinsip kerjasama serta koordinasi antara mahkamah tempatan dan asing

"Sehubungan itu, saya dengan penuh hormat memohon sokongan daripada semua Ahli Yang Berhormat Senator agar rang undang-undang ini diluluskan, demi memastikan Malaysia terus maju dalam menghadapi cabaran landskap ekonomi semasa serta memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan yang diyakini.

"Rang undang-undang ini bertujuan mewujudkan satu mekanisme yang berkesan untuk menguruskan kes-kes insolvensi rentas sempadan melibatkan syarikat korporat yang menjalankan perniagaan tetapi berdepan krisis kewangan atau berada dalam keadaan insolven, yang berisiko dikenakan prosiding insolvensi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan berkaitan RUU Rentas Sempadan Bacaan kali ke 2 di Dewan Negara.

Ketika ini Malaysia tidak mempunyai kerangka undang-undang jelas dalam menguruskan kes insolvensi rentas sempadan korporat, namun ia dilaksanakan menerusi amalan sedia ada bagi pengiktirafan keputusan mahkamah asing atas dasar persefahaman

Ketiadaan kerangka kukuh tersebut turut menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan mekanisme penyelamat korporat atau prosiding penggulungan syarikat.

Antaranya. aset syarikat berisiko disembunyikan atau dipindah milik kepada pihak tidak sepatutnya, sekaligus menjejaskan proses pengumpulan aset .

Kerajaan juga terbuka terhadap cadangan perluasan pemakaian RUU Insolvensi Rentas Sempadan (CBI) 2025 kepada insolvensi persendirian pada fasa seterusnya.

Namun perkara itu memerlukan kajian lanjut memandangkan isu rentas sempadan lebih dominan melibatkan syarikat multinasional dan pelabur asing.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI