fb fb fb fb fb

Malaria zoonotik: Dua kematian di Terengganu



BESUT, 16 Mei- Terdapat dua kematian direkodkan membabitkan jangkitan malaria zoonotik di Terengganu tahun, mengikut rekod disahkan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata satu kes dilaporkan di daerah Hulu Terengganu dan satu lagi di Setiu.

Beliau berkata, kedua-dua kes itu dilaporkan mendapatkan rawatan lewat serta tidak menyatakan dengan jelas sejarah perjalanan masing-masing.

"Kita minta sesiapa yang bekerja atau melakukan aktiviti membabitkan hutan, sepatutnya apabila dia demam dan datang ke klinik perlu menyatakan sejarah pergi ke hutan atau pinggiran hutan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Malaria Sedunia di sini, hari ini.

"Tindakan itu dapat membantu pihak kesihatan untuk mengesyaki antara diagnosis adalah malaria seterusnya dapat mengesan terus penyakit.

"Dalam kedua-dua kes ini, lambat mendapat rawatan dan kami tidak mengesyaki malaria kerana simptom penyakit itu tidak seperti dahulu demam menggigil tetapi sekadar sakit kepala dan muntah. Sekiranya sejarah perjalanan ke hutan dimaklumkan memudahkan pihak kami mengesan penyakit lebih awal," katanya.

Berdasarkan rekod terdapat 13 kes malaria dilaporkan di negeri ini, 12 kes membabitkan malaria zoonotik dan satu kes import malaria manusia.


(Dr Kasemani Embong (dua kiri) melawat pameran selepas merasmikan merasmikan Sambutan Hari Malaria Sedunia di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Besut)

Katanya, sejak tahun 2012 tiada ada kes malaria jangkitan tempatan dilaporkan di negeri ini.

Beliau berkata, ini membuktikan keberkesanan pelaksanaan inovasi dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, penduduk di kawasan pedalaman juga perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai pakaian dapat melindungi gigitan nyamuk serta guna ubat penghalau nyamuk.


Media Baharu