TANJUNG KARANG, 28 Oktober- Tumpuan diberikan kepada 10 kerusi parlimen oleh Barisan Nasional Negeri Selangor dalam menyumbang kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pengundi yang berada di kerusi tersebut kebanyakanya terdiri daripada majoriti Melayu khususnya kawasan yang ditandingi calon dari parti UMNO.
(Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar)
Menurut Noh Omar, calon UMNO yang bertanding kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah anak tempatan dan terdapat perbezaan pada PRU15 kali ini berbanding dengan isu yang dimainkan pembangkang pada tahun 2018.
"Isu yang dibangkitkan pihak pembangkang ini.. tiada isu yang benar-benar besarlah, kalau disebut pasal ekonomi, saya tengok menteri kewangan dah jawab. Kita lihat, bahawa dalam masa sama, ketika mereka memerintah selama 22 bulan, kalau tidak salah saya.. sebanyak 17 kes melibatkan pemimpi-pemimpin daripada PH ketika itu, semuanya NFA," katanya selepas meninjau proses baik pulih sebuah rumah berjumlah RM30,000 di Kampung Tali Air 3, Sungai Burong, Tanjong Karang yang dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Holdings Berhad.
Tambahnya, buat masa ini telah nampak sokongan terhadap BN berdasarkan respon dan reaksi rakyat dan melalui media sosial.
Hadir sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad, Sr Mohd. Salem Kailany.