ALOR SETAR, 16 April- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kedahfm disambut secara sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran hampir semua kakitangan dari pelbagai unit termasuk Kejuruteraan, Rancangan dan Berita Ehwal Semasa.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kedah RTM Kedah, Nur Hafizoh Idris serta Timbalannya, Rohani Musa.
Selain menikmati pelbagai juadah istimewa Aidilfitri, majlis turut menampilkan sesi Tazkirah Syawal bertajuk "Kerja Berkat Melahirkan Pekerja Berkualiti" yang memberi suntikan motivasi kepada warga kerja.
Sambutan seumpama itu bukan sahaja menghidupkan semangat Aidilfitri, malah mempereratkan lagi jalinan kemesraan dan silaturrahim dalam kalangan kakitangan Kedahfm.