fb fb fb fb fb

Rumah Terbuka Parlimen Sungai Petani rai lebih 2,000 pengunjung

FOTO RTM

SUNGAI PETANI, 16 April- Sekitar 2,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Sungai Petani, hari ini.

Majlis yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat itu bukan sahaja menjadi medan mengukuhkan silaturrahim, malah turut menerima kehadiran tetamu dari seluruh negeri Kedah.

“Sambutan yang Alhamdulillah cukup meriah. Kita terbuka kepada semua rakyat Sungai Petani dan negeri Kedah keseluruhannya. Ada yang datang dari jauh dan dekat untuk kita eratkan silaturrahim dan ukhwah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini," kata Dr Mohammed Taufiq Johari.

Majlis turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, yang hadir memeriahkan sambutan bersama masyarakat setempat.

Pelbagai juadah tradisional dan moden turut disediakan untuk para tetamu dalam suasana Aidilfitri yang harmoni dan penuh mesra.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE