fb fb fb fb fb

Majlis Rumah Terbuka di luar bandar mampu beri impak luar biasa - Sulaiman

ALOR GAJAH, 24 Januari- Majlis Rumah Terbuka peringkat negeri yang diadakan di kawasan luar bandar mampu memberi impak luar biasa malah menjadi platform kerajaan Melaka mewujudkan lebih banyak produk pelancongan sebagai persediaan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata selama tempoh setahun ini juga, ia secara tidak langsung memberi peluang semua agensi terlibat terutama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) memperkemas kawasan pelancongan sedia ada.

"Sebagai contoh, buat julung kalinya sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri diadakan di luar bandar dengan memilih Machap Umboo sebagai tuan rumah dan melihat persiapan yang dilaksanakan, amat luar biasa," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Kampung Permai Machap Umboo, di sini, malam tadi.

Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri diadakan di Machap Umboo

Beliau turut memaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem untuk menjadikan kawasan Machap Umboo sebagai sebuah lokasi pelancongan khsususnya buat pelancong dari negara China.

Ia adalah inisiatif yang boleh dijalankan bagi memastikan Melaka bersedia untuk menerima pelancong pada 2024.

Media Baharu