fb fb fb fb fb

Majlis Raja-Raja cadang kuasa lantik lima anggota JAC diserah kepada institusi berwibawa

(Foto Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 30 November- Majlis Raja-Raja mencadangkan agar pelantikan lima daripada sembilan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak lagi dibuat oleh perdana menteri.

Sebaliknya kuasa melantik keanggotaan JAC diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah langkah itu merupakan penambahbaikan kepada sistem pelantikan hakim.

"Perubahan membolehkan keanggotaan JAC menjadi lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak.

"Ia wajar dilaksana memandangan suruhanjaya itu memainkan peranan utama mengemukan cadangan pelantikan hakim sekali gus memastikan hakim yang dilantik adalah berintegriti dan berkaliber," Tuanku Mukhriz menyampaikan titah perutusan bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang berlangsung di Istana Negara, di sini.

Pada masa ini, JAC mempunyai sembilan anggota keahlian dengan empat daripadanya merupakan hakim yang sedang memegang jawatan terkanan manakala lima lagi adalah individu yang dilantik oleh perdana menteri.


(Foto Istana Negara)

Media Baharu