SEGAMAT, 2 November - Majlis Media Malaysia diyakini mampu berperanan aktif bagi memacu industri media negara selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertamanya, Jumaat depan. (7 November)
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pentas mesyuarat itu penting bagi melantik kepimpinan, menyelaras gerak kerja, dan merangka dasar badan tersebut.
Beliau berharap penyertaan keahlian dalam Majlis Media Malaysia mendapat sambutan meluas daripada pemain industri media.
"Tetapi saya rasa banyak suara lagi yang selalu dibangkit oleh NGO-NGO. Some feel that too much information, some feel that this is for public awareness or it's good for the general public etc (Ada yang merasakan terlalu banyak maklumat, ada yang merasakan ini untuk kesedaran umum atau ia baik untuk orang awam dan lain-lain). "
"Jadi majlis media mereka boleh kurangkan dengan garis panduan, dengan satu Code of Ethics, Code of Conduct (Kod Etika, Tatalaku) supaya dalam industri ini kita lebih faham apa itu guidelines (garis panduan) yang patut dipatuhi oleh rakan-rakan media," katanya.
Majlis Media Malaysia ialah badan bebas ditubuhkan sebagai mekanisme kawal selia kendiri industri media negara dan berperanan mempromosikan etika kewartawanan dan kebebasan media.
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024, diluluskan Dewan Rakyat pada 26 Februari lepas.