fb fb fb fb fb

Status OKU bukan penghalang genggam segulung Ijazah

KUALA NERUS, 20 Mac- Masalah sakit tulang belakang yang dihadapi bukan menjadi penghalang buat wanita istimewa ini menggenggam segulung ijazah sama seperti pelajar normal lain.

Che Wan Suraya Che Wan Ibrahim, graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan itu antara 2,542 graduan yang menerima Ijazah dan Diploma dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kali-19 .

Hasil kecekalan graduan berusia 36 tahun itu, beliau kini bekerja di ibu pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia di ibu negara .

Harapannya agar pelajar istimewa sepertinya sentiasa konsisten dalam pelajaran dan tidak merasa rendah diri dengan kekurangan fizikal mereka.

"Apa pun kekurangan yang kita ada kita jangan anggap itu adalah hàlangan untuk kita berjaya dan kita anggap kita sama dengan org lain. Fikirkan kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh. Yang penting doa ibu bapa untuk kita berjaya dan mendapat keberkatan hidup," katanya.

Majlis Konvokesyen UMT yang berlangsung selama empat hari membabitkan 160 graduan Pasca Siswazah, 2,274 graduan Sarjana Muda dan 108 graduan di peringkat Diploma.

Tokoh negarawan dalam bidang sukan berbasikal, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang juga Karyawan Tamu Utama UMT turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Sosial.


(Sekitar Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kali-19)

Media Baharu