fb fb fb fb fb

Gaji minimum RM1,500 disambut baik, tidak timbul isu majikan ambil kesempatan buang pekerja

PENDANG, 20 Mac- Tidak timbul isu majikan mengambil kesempatan dengan mula membuang pekerja apabila gaji minimum meningkat mulai 1 Mei depan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata dakwaan tersebut hanyalah persepsi sebelum berkuat kuasanya gaji minimum baharu.

Beliau berkata hakikatnya, kementerian telah mempunyai kaedah pelaksanaan yang akan diumum kelak.

Pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan majikan berhubung pelaksanan gaji minimum tersebut yang turut memberikan keuntungan kepada majikan selain manfaat yang besar untuk golongan B40.

"Dia ada beberapa segmentasi 'off' majikan dalam beberapa segmen gaji 'wave' RM1500, yang itu kita akan umumkan kelak tetapi yang pentingnya sempena Hari Buruh 1 Mei kita akan mengiktiraf, kita ambil pengumuman yang akan mengubah sistem pengajian manfaat kepad golongan B40 di dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Masuk TVET@KSM di Pendang.

Susulan pengumuman gaji minimum baharu semalam, ada sesetengah pihak mendakwa akan terdapat syarikat membuang pekerja kerana kos operasi semakin meningkat.

Katanya, sebarang aduan boleh di buat di portal WFW atau Working for Workers untuk semakan rujukan majikan.


(Datuk Awang Hashim meninjau salah satu gerai pameran pada Program Jom Masuk TVET@KSM di Pendang)

Media Baharu