fb fb fb fb fb

Kejayaan pembedahan kembar siam: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada HTA

KUALA LUMPUR, 20 Mac- Yang Di Pertuan Agong , Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur atas kejayaan pembedahan pemisahan pasangan kembar siam pramatang pertama negara.

Baginda berdua berkongsi rasa sukacita dan bangga atas kejayaan itu menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara.

Kejayaan ini juga mencipta sejarah sebagai pembedahan pertama seumpamanya di Malaysia.

“Pembedahan pasangan kembar yang berusia 17 hari tersebut diketuai Datuk Dr Zakaria Zahari dan melibatkan 13 doktor pakar.

“Ini termasuk enam pakar bedah kanak-kanak dari seluruh negara, berserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak,” menurut kenyataan Istana Negara.

Baginda berdua turut menzahirkan rasa syukur apabila pasangan bayi kembar siam jenis Omphalophagus berjaya dipisahkan tanpa sebarang komplikasi serta mendoakan mereka segera pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.


(Agong dan Raja Permaisuri Agong zahirkan ucapan tahniah kepada Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur / Facebook Istana Negara)

Media Baharu