fb fb fb fb fb

Empat daripada 23 projek kendalian KKR di Zon Utara telah siap- Fadillah

BALIK PULAU, 20 Mac- Empat daripada 23 projek kendalian Kementerian Kerja Raya di zon utara yang terdiri daripada dua projek di Pulau Pinang dan masing-masing satu projek di Kedah dan Perak, telah pun disiapkan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kesemua projek berkenaan yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) dan RMKe-12 itu bernilai RM2.2 bilion.

Daripada jumlah tersebut, RM731.7 juta bagi projek di Pulau Pinang, RM675.5 juta di Kedah, dan RM805.5 juta di Perak.

Ia merangkumi kerja-kerja menaik taraf jalan persekutuan, membina jalan dan jambatan baharu serta menaik taraf sistem perparitan.

"Terutamanya di kawasan Balik Pulau yang merupakan banyak kediaman rumah ibadat sepanjang jalan kalau kita nak besar kan jalan tersebut maka pengambilan tanah yang agak banyak yang merupakan satu yang begitu sensitif untuk kawasan setempat..yang ini kita memerlukan 'engagement' setakat mana ketersediaan sama ada orang nak menyerahkan tanah untuk diambil dan sebagainya maka 'engagement' perlu adalah di antara penduduk di antara kerajaan negeri dan kita di peringkat persekutuan," katanya.

Fadillah ditemui media di lokasi Projek Penggantian Jambatan Titi Kerawang, Balik Pulau.

Projek sepanjang 160 meter ini yang siap pada Mei tahun lalu merupakan laluan utama Jalan Persekutuan yang menghubungkan Balik Pulau dan Teluk Bahang.


(Datuk Seri Fadillah (tiga dari kiri) meninjau Projek Penggantian Jambatan Titi Kerawang, Balik Pulau)

Media Baharu