KUALA TERENGGANU, 16 November - Sebanyak RM1.67 juta penalti dan RM1.05 juta kompaun dikenakan kepada majikan yang culas menjaga keselamatan di tempat kerja bagi tempoh Januari hingga September tahun ini .
Pendakwaan dijalankan ke atas 132 majikan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.
Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Dr. Majahar Abd Rahman berkata hampir 32,000 surat arahan dikeluarkan kepada majikan dalam tempoh sama.
Turut dikeluarkan 3,708 notis pembaikian dan 4,788 notis larangan ekoran peningkatan laporan kes penyakit dan keracunan pekerjaan.
"2023 kita ada 132 kes pendakwaan dengan ini seluruh negaralah hingga September 2023 RM1.67 juta dia punya panalti, kompauan ada 447 kes dengan panalti sekitar RM1.05 juta," kata Dr. Majahar, di sini.
Terdahulu beliau merasmikan Seminar Kesihatan Pekerjaan Zon Pantai Timur 2023 bersama-sama 200 pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sini.