fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kedah meningkat

Anggota APM bersama-sama pelbagai agensi lain dan jabatan berkaitan sedang melakukan pemantauan di kawasan yang terjejas banjir

ALOR SETAR, 16 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah terus meningkat.

Hingga pukul 4.00 petang tadi seramai 261 penduduk ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar berbanding 256 orang tengah hari tadi.
 
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (Pertahanan Awam) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata tiga PPS di daerah Kota Setar mencatatkan jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi iaitu 221 orang melibatkan 77 keluarga.
 
"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman mencatatkan pertambahan penduduk kepada 15 orang berbanding enam penduduk, tengah hari tadi.
 
"Manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah pula berkurang kepada 105 orang penduduk daripada 109 orang," katanya, di sini.
 
Sementara itu, PPS SK Titi Gajah kekal 101 penduduk dan di Kubang Pasu pula seramai 40 penduduk melibatkan lapan keluarga masih ditempatkan di PPS SK Malau.
 

TETITIA YUSOFF