fb fb fb fb fb

MAIWP selaras bantuan kepada asnaf dan gelandangan sekitar Ibu Negara

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),
Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar)

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar kerjasama itu penting agar tidak berlakunya pertindihan bantuan.

"Hasrat dia supaya tidak berlaku pertindihan, jadi tiada contohnya dalam konteks pertindihan ini nanti ada golongan asnaf yang miskin tadi dia dapat sampai JKM dia dapat, MAIWP dia dapat, jadi ada pula yang tertinggal.

"Jadi saya fikit dalam konteks penyelarasan ini memang saya setuju sangat maknanya dalam konteks MAIWP ini kita buat agihan zakat seperti ini, jadi saya rasa mungkin DBKL atau JKM atau mungkin boleh bertindak sebagai agensi yang 'lead, it’s a lead' agensi dan MAIWP sentiasa bersedia dalam konteks ini.

"Dengan adanya kerjasama MAIWP, JKM, DBKL, saya percaya lebih banyak rumah-rumah transit ini dapat kita bina dan lebih ramai lagi golongan geladangan yang dapat kita selamatkan," kata Dr Mohd Na'im pada Program Jejak Geladangan Bersama MAIWP dan juga NGO Pertubuhan Jejak Jalanan di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Dr Mohd Na'im kerjasama tersebut juga dapat membantu daripada segi agihan supaya lebih sistematik, teratur dan berkesan.

Pada majlis tersebut, beliau turut menziarahi tiga keluarga asnaf yang merupakan penerima bantuan zakat daripada MAIWP, mereka sebelum ini hidup gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Selain Bantuan Kewangan Bulanan, MAIWP  turut menyalurkan bantuan Sewa Rumah dan Bantuan Persekolahan.

Turut disampaikan bantuan barangan asas seperti beras, mi segera dan biskut.

(FOTO FAIL)

Media Baharu