fb fb fb fb fb

Ribuan penonton hadiri persembahan TATU ATM 2023

(Persembahan TATU ATM 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail
Nasirudin Shah Kuala Terengganu, ,malam tadi/ FB CGSO Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 7 Oktober- Persembahan TATU Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia ATM 2023 yang berlangsung malam tadi mengakhiri Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang bermula 14 September lalu.

Bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah Kuala Terengganu program dihadiri lebih 50,000 penonton.

Keberangkatan tiba Sultan Mizan Zainal Abidin kira-kira pada pukul 8.40 malam.

Keberangkatan baginda bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama Yang Dipertuan Muda serta Tengku Puteri Daulath Raja disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan serta Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zaidan Atan.


(Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Nur Zahirah)

Sebanyak 12 pertunjukan disajikan kepada penonton yang hadir melibatkan seramai 2,100 Pegawai dan Anggota Tentera Darat.

Antaranya tarian perang oleh Balation ke 18 Rejimen Askar Melayu PARA Kem Seri Pantai, selain beberapa persembahan lain termasuk 'drum line', tempur tanpa senjata, kawad senyap dan pancaragam gabungan tentera darat.

Penonton turut dihiburkan dengan Pertunjukan Istiadat Kuda, Anjing Perang serta persembahan istimewa dari Army Red Warrior.

TATU menutup tirai dengan terjunan bebas dari lapan pegawai setinggi 3,000 kaki terus ke dalam stadium yang membawa bendera termasuk Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Terengganu, Bendera Negeri , Bendera Tentera Darat.

Kali terakhir persembahan TATU diadakan adalah pada 2009 di lokasi yang sama.

Media Baharu