fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke UAE, tumpu kepada sektor TBB, logistik dan aeroangkasa

Foto FB Menteri

ABU DHABI, 7 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan kerja beliau ke UAE selama dua hari yang bemula Khamis sebagai berjaya.
 
Pelaburan sebanyak RM40.6 billion itu diperoleh bagi mengembangkan industri Tenaga Boleh Baharu (TBB), sektor logistik dan aeroangkasa.
 
Tambahnya, pertemuan-pertemuan yang diatur juga sangat signifikan dan bermakna sehingga segala perancangan dimuktamadkan dengan baik.
 
"Pelaburan yang telah pasti ini, bukan hasrat. Ini pelaburan yang telah diumumkan yang terkait dengan MASDAR daripada sudut teknologi hijau iaitu tenaga boleh baharu (TBB) dan juga dalam beberapa isu lain.

Antaranya dalam bidang tenaga, logistik dan aeroangkasa yang melibatkan beberapa syarikat tertentu," kata Anwar kepada pemberita dalam sidang media sebelum berangkat pulang ke Malaysia.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media memaklumkan kejayaan
lawatan rasminya ke UAE membawa pulang pelaburan bernilai RM40.6 bilion)

Malaysia dan UAE turut menyatakan komitmen untuk meningkatkan perkongsian strategik serta bersedia memanfaatkan sumber yang dimiliki bersama, demi kepentingan kerjasama dua hala pada masa akan datang.

Lawatan itu menyaksikan MIDA dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-MASDAR menjalin kerjasama dalam projek-projek tenaga boleh baharu di Malaysia dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt bernilai AS$ 8 bilion (RM37.8 bilion.)

Bagi sektor logistik, pelaburan yang dibawa masuk adalah sebanyak AS$450 juta (RM2.13 bilion) manakala sektor aeroangkasa pula adalah AS$150 juta (RM709 juta).

 

Media Baharu