fb fb fb fb fb

MAIPs peruntuk hampir RM49 juta untuk sumbangan Ramadan

ARAU, 3 Mei - 12 inisiatif dilaksanakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sepanjang Ramadan lepas, menerusi peruntukan hampir RM49 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata sumbangan itu melibatkan Program Dakwah Bil Hal MAIPs, Bantuan Fitrah MAIPs, Program Ihya Ramadan Rumah-Rumah Anak Yatim Negeri Perlis dan Program Ihya Ramadan Rumah-Rumah Kebajikan Negeri Perlis.

Selain Peruntukan Tahunan Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis, Bantuan Mikro Baik Pulih Rumah, Bantuan NGO Muallaf, Peruntukan Tahunan Kepada Teratak Rahmat Persatuan Al-Islah serta Program Ihya Ramadan Kepada IPT Negeri Perlis.

Sumbangan juga menerusi Amilin Petugas Lebaran Rejimen 504 Askar Wataniah, Bantuan Muallaf dan Peruntukan Tahunan Kepada PERKIM Negeri Perlis.

(Jumlah keseluruhan sumbangan Ramadan MAIPs 1443H/2022)

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang DiPertua MAIPs menitahkan harapan untuk MAIPs terus memperkasa jaringan kerjasama strategik dengan agensi-agensi dalam dan di luar negara.

Ini bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dan terus berusaha menjayakan semula momentum segala bentuk program perancangan demi kebaikan Ummah di negeri dan rantau ini.

Ia sepertimana yang telah berjaya dilaksanakan pada sebelum penularan COVID-19 lalu.

Media Baharu