fb fb fb fb fb

MAINS meterai MOU dengan TM One, tingkat kaedah penyimpanan data

 

PORT DICKSON, 17 Oktober- Bagi meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), jabatan itu mempertingkat kaedah penyimpanan data dengan memeterai perjanjian MAINS CLOUD.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir berkata, MAINS CLOUD berupaya menambah efisiensi perkhidmatan MAINS dalam memainkan peranan mereka untuk menjaga kebajikan golongan asnaf disamping dapat menampung keperluan sistem digital jabatan itu.

Melalui kerjasama dengan TM One, tiga teras dibangunkan menerusi MAINS CLOUD iaitu penciptaan ekosistem inovasi data, pembangunan teknologi serta perkongsian pandangan mengenai digital tinggi.

Usaha itu selaras dengan matlamat MAINS bagi memantapkan sistem teknologi melibatkan urusan kutipan dan agihan zakat, wakaf dan pengurusan harta orang Islam di Negeri Sembilan sekali gus membantu MAINS dalam menggunakan pendekatan terbaik bagi membela asnaf fakir dan miskin di negeri itu dengan kaedah berkesan seiring dengan kemajuan teknologi.


(Majlis Menandatangani Perjanjian MAINS CLOUD di Port Dickson)

Media Baharu