KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Kerajaan terus berusaha untuk mengurangkan kesesakan penjara dengan melaksanakan inisiatif admission prison bagi setiap kemasukan penghuni baru.
Perkara itu bagi menilai pesalah dalam tempoh empat hingga lima minggu sebelum ditempatkan di dalam penjara, ia sekali gus boleh mengurangkan kesesakan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beberapa perkara sedang diperhalusi bagi memastikan kadar kesesakan dapat dikurangkan.
"Hasilnya parol misalnya sejak ia dilaksanakan sejak tahun 2008 lebih 40,000 telah dikeluarkan, kemudian pembebasan berlesen sejak tahun 2020 pula itu sudah 23,000 dan perintah kehadiran wajib sejak dilaksanakan 2010 itu memberi manfaat kepada 6,000 bermaksud parol lesen.
"Secara fizikalnya mereka yang dijatuhkan hukuman berada di luar, ia menjadikan penjara kurang sesak," katanya ketika menjawab soalan dikemukan oleh ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.
Saifuddin berkata kerajaan juga sedang meneroka idea untuk melaksanakan idea home detention dengan pemasangan gajet bagi tujuan pemantauan.
Selain itu Akta Penagih Dadah juga akan dipinda iaitu terus menghantar golongan tersebut ke pusat pemulihan dadah bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi mengurangkan kesesakan di dalam penjara.
(Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)