KOTA TINGGI, 17 Oktober - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor berjaya memadam 50 peratus kebakaran di kawasan belukar seluas lapan hektar di Jalan Sebana, di sini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, kerja-kerja kawalan diluaskan kepada dua sektor dengan menggunakan pam angkut sumber air berhampiran dan kapal tangki air.
Sementara itu, Laksama Pertama Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor Nurul Hizam Zakaria memaklumkan, pihaknya menggerakkan sebuah pesawat bagi membantu memadamkan kebakaran.
"Kira-kira 18 operasi menggunakan teknik pengeboman air menerusi pesawat itu berjaya dilaksanakan setakat ini," kataya.
Operasi memadam kebakaran bersambung esok.
(Kebakaran belukar seluas lapan hektar di Jalan Sebana)