
(Kadar zakat fitrah bagi negeri Melaka kekal seperti tahun lalu iaitu RM7, RM14 dan RM21)
TANJUNG BIDARA, 10 April- RM5.8 juta disasarkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi kutipan zakat fitrah di Melaka tahun ini.
Sasaran itu kata Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud meningkat kira-kira 12% berbanding tahun lalu yang berjumlah RM5.15 juta.
Beliau optimis jumlah itu mampu dicapai berdasarkan kutipan tahun lalu yang berjaya melebihi sasaran iaitu RM5.6 juta.
Untuk itu seramai 1,010 amil dilantik bagi proses kutipan zakat fitrah selain pembayaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi Melaka Pay, i-zakat atau imbas kod QR di facebook rasmi Zakat Melaka.
“Saya yakin org Islam di negeri Melaka yang membayar zakat banyak kemudahan yang kita gunakan kerana ami-amil boleh dikatakan berada di semua tempat termasuk di kampung-kampung, pusat beli belah, bazar Ramadan juga ada,”kata Datuk Md Rawi.
Jabatan kerajaan juga boleh memohon kepada Zakat Melaka untuk melantik seorang amil bagi kutipan zakat di jabatan berkenaan.
Kadar zakat fitrah bagi negeri Melaka kekal seperti tahun lalu iaitu RM7, RM14 dan RM21 dengan galakan kadar bayaran mengikut jenis beras yang dimakan.

(Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud)