fb fb fb fb fb

Mahkamah Pilihan Raya kekalkan kemenangan Mas Ermieyati di Masjid Tanah

Keputusan dibuat Hakim Abu Bakar Katar selepas menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) kerusi itu, Abdul Hakim Abdul Wahid / Foto RTM

AYER KEROH, 27 Oktober - Mahkamah Pilihan Raya Melaka mengekalkan kemenangan Naib Ketua Srikandi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan dibuat Hakim Abu Bakar Katar selepas menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) kerusi itu, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Pada 3 Januari lalu, Abdul Hakim memfailkan petisyen itu di Mahkamah Pilihan Raya Melaka bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) terhadap dakwaan wujudnya unsur rasuah ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Datuk Mas Ermieyati bagaimanapun mengekalkan kerusi itu selepas mahkamah menolak petisyen berkenaan.

Namun Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN