fb fb fb fb fb

Mahasiswa UiTM peduli: Peka nasib masyarakat setempat

Program SINAR 4.0:Sinergi Sedekah Ramadan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, 27 Disember - Program SINAR 4.0:Sinergi Sedekah Ramadan diadakan dalam usaha mewujudkan budaya memberi atau menyumbang dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh khususnya sebagai salah satu cara membina perwatakan dan insan yang berakhlak mulia.

Seramai sembilan mahasiswa daripada Pengajian Kimia Persekitaran (PKK) , UiTM Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh yang terdiri daripada pelajar semester 5 menyertai program itu.

Salah seorang mahasiswa, Syakir Naufal berkata,"Program kemasyarakatan seperti itu dapat memberikan kita semua, bukan sahaja peserta program, bahkan kepada orang awam di luar sana yang masih ramai yang memerlukan perhatian dan ihsan daripada kita semua yang boleh menghulurkan bantuan dan kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini kerana tidak semua mampu dimiliki orang lain".

Program tersebut berkolaborasi bersama-sama Persatuan Inovasi Malaysia telah berjaya mengumpul dana sumbangan daripada orang ramai yang terdiri dalam kalangan ibu bapa, pensyarah telah memberi manfaat kepada 10 keluarga asnaf sekitar Kampung Paya dan Kampung Terus, Seberang Perai Utara.

TETITIA YUSOFF