Mahasiswa bebas suara pandangan politik, elak tindakan disiplin – TPM Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berinteraksi dengan mahasiswa di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah/Foto BERNAMA

ALOR GAJAH, 3 November – Mahasiswa perlu diberi kebebasan menyuarakan pandangan, termasuk dalam soal politik, tanpa dikenakan tindakan disiplin selagi tidak melanggar undang-undang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendapat anak muda harus diraikan, bukan dikenakan tindakan perundangan kecuali jika melibatkan Perkara 3R.
  • Perkara 3R (agama, kaum, raja) jelas di bawah undang-undang dan boleh mendorong tindakan perundangan.
  • Cadangan undang-undang baharu menggantikan AUKU fokus kepada pentadbiran, akademik dan pelantikan, bukan sekatan aktiviti mahasiswa.

Itu penegasan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu pandangan golongan muda diraikan dan bukannya disekat.

“Pendapat anak muda, saya fikir pendapat itu harus diraikan bukan dengan mengambil tindakan perundangan kepada mereka kecuali jika mereka terlibat di dalam menyentuh Perkara 3R (agama, kaum dan raja)….yang itu memang undang-undang negara cukup jelas. Selain itu, kalau berbeza pendapat dan pegangan politik, saya fikir tidak harus diambil sebarang tindakan disiplin oleh pihak universiti,” jelasnya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menyatakannya ketika ditemui pemberita pada Program Apa Khabar Siswa (Patriotisme diperkasa) di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata cadangan undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dibincangkan dalam Kabinet.

“Undang-undang baharu itu akan lebih tertumpu kepada urusan pentadbiran dan pengurusan universiti, termasuk hal ehwal akademik serta pelantikan kepimpinan universiti.

Ia tidak lagi memberi tumpuan kepada sekatan aktiviti mahasiswa,” tegas beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.