fb fb fb fb fb

MAEPS akan jadi tarikan pelancong, pameran dan aktiviti agromakanan diteruskan

SERDANG, 14 Ogos - Pameran dan aktiviti berkaitan agromakanan di MAEPS akan diteruskan sepanjang masa.

Jelas Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, ini merupakan satu usaha untuk menjadikan MAEPS sebagai hub agro-pelancongan untuk mempromosikan kepada umum semua subsektor agromakanan.

"Kita juga ingin melihat MAEPS tidak akan lesu dan berdiam selepas MAHA 2022, tetapi dijadikan sebagai tapak kekal untuk mempromosikan sektor agropelancongan negara kita."

"Kita ada rumah kekal pavilion-pavilion negeri yang tentu sekali boleh dijadikan kerajaan negeri untuk mempromosikan produk capaian yang ada daripada negeri-negeri ke MAEPS ini dan dijadikan sebagai tarikan pelancong dalam sektor agropelancongan." kata beliau pada sidang media Majlis Penutupan MAHA 2022, di sini hari ini.


(Laman Agro Nanas antara yang mendapat tarikan pengunjung MAHA 2022) 

Tambah Ronald, sebagai permulaan laman padi akan menjadi anak angkat kepada MAFI melalui Bahagian Pembangunan Industri Padi bersama Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS).

Ia akan dijadikan sebagai tapak agro-pelancongan yang kekal dan pusat latihan kepada peserta, penyelidik dan sebagainya.

Sementara itu dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Pavilion Negeri Terbaik yang dimenangi Pavilion Perak, Anugerah Segmen Paling Viral dimenangi Laman Miracle Garden manakala Anugerah Jualan Paling Tinggi dimenangi oleh Laman Castle of Fruit dibawah FAMA.

Bagi Anugerah Istimewa yang merupakan anugerah pengunjung MAHA ke 1,100,0001 dimenangi oleh Yaakob Man @ Othman, 67, pesara kerajaan dari Pulau Pinang.

Media Baharu