fb fb fb fb fb

MAB harap kerajaan bantu projek naik taraf pusat latihan orang buta

MAB akan menambah skop latihan kepada golongan OKU penglihatan termasuk berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi dengan pembinaanya kelak.

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) mengharapkan kerajaan agar dapat menyumbang kepada projek naik taraf Pusat Latihan Pertanian Bagi Orang Buta Taman Harapan di Temerloh.

Jelas Presidennya, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, ia dijadual siap pembinaannya tahun ini.

Katanya, usaha itu perlu dilaksana ekoran bangunan sedia ada telah dibina sejak 1957.

"Ia kini menjadi antara tiga pusat pertanian terpenting bagi orang kurang upaya (OKU) penglihatan di dunia, selain di Gujarat, India dan Bandung, Indonesia.

"Alangkah baiknya sekiranya kerajaan dapat memberikan kami pembiayaan tambahan kerana untuk menyediakan aktiviti latihan kepada OKU penglihatan, ia usaha yang menelan belanja tidak kurang RM600,000 ke RM700,000 sebulan.

"MAB akan menambah skop latihan kepada golongan OKU penglihatan termasuk berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi dengan pembinaanya kelak.

"Selain pembelajaran agama diperkasa berbanding ketika ini yang hanya menawarkan latihan pertanian serta pembuatan produk kraf," katanya pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-72 MAB yang dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM