fb fb fb fb fb

Konsep lima peringkat, beri pengiktirafan ahli veteran UMNO

Ahmad Maslan

LABUAN, 22 Januari- Konsep lima peringkat yang dilaksana UMNO Bahagian Labuan termasuk Sekretariat Veteran UMNO perlu menjadi contoh kepada 190 UMNO bahagian lain di seluruh Malaysia.

Jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan, konsep itu perlu dicontohi kerana memberi pengiktirafan kepada ahli veteran parti yang telah memperjuangkan dan mempertahankan UMNO.
 
Jelas Ahmad, istilah lima peringkat itu akan menjadi perintis untuk dilaksanakan di bahagiannya di Pontian.
 
"Kita tahu bahawa peringkat veteran ini mereka amat setia kepada UMNO dan apabila mereka tidak disisihkan, selain mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti, ia akan memberikan rasa dihargai dan tentunya ia adalah satu perkara yang sangat baik," kata Ahmad kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama kepimpinan lima peringkat UMNO Bahagian Labuan di Dewan Desa Tunas Hijau di sini.
 
Mengulas mengenai penubuhan Sekretariat Veteran UMNO di seluruh bahagian, beliau menjelaskan cadangan itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pengurusan MKT UMNO pada 26 Januari ini.
 
Sementara itu, Ahmad berkata perlaksanaan program Peduli Rakyat dan Sentuhan Kasih anjuran UMNO Bahagian Labuan, perlu dicontohi.
 
Katanya, konsep yang dilaksanakan berbeza dengan program yang lain kerana ia dilakukan untuk mendekati rakyat.
 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM