fb fb fb fb fb

LZS yakin capai kutipan zakat lebih RM1.2 bilion tahun ini

Pelancaran Kempen Sama-Sama Kongsi

SHAH ALAM, 4 Disember- Lembaga Zakat Selangor (LZS) yakin mampu mencapai kutipan zakat melebihi RM1.22 bilion yang disasarkan tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan berkata, ketika ini LZS memerlukan RM400 juta lagi bagi memenuhi sasaran tersebut.

Sehingga November lalu, sebanyak RM844 juta wang kutipan zakat telah berjaya dikutip LZS.

"Sasaran kutipan kita ada misi internal iaitu kita panggil misi RM400 juta, jadi kami memerlukan RM400 juta lagi supaya kami dapat mencapai sasaran agihan kami di mana kami menyasarkan untuk mengagih sebanyak RM1.22 bilion pada  tahun ini.

"Setakat ini kami telah mengagihkan sebanyak RM1 bilion, jadi kami memerlukan RM400 juta lagi supaya kami dapat capai sasaran dan terus membantu asnaf-asnaf yang memerlukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen Sama-sama Kongsi di LZS, Seksyen 13, Shah Alam.

Sehubungan itu, katanya, pelbagai usaha dilaksanakan LZS dalam usaha memberi galakan kepada pembayar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Antara usaha dilaksanakan LZS termasuklah menerusi Kempen Sama-Sama Kongsi yang diadakan sepanjang Disember ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE