fb fb fb fb fb

LTAT komited teroka pilihan pelaburan jangka panjang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) komited pastikan kemampanan jangka panjang dana dan akan terus meneroka semua pilihan pelaburan bersama-sama pihak berkepentingan.

LTAT dalam satu kenyataan berkata sebarang keputusan pelaburan akan melalui prosedur yang mantap termasuk pelbagai proses kelulusan Jawatankuasa Pelaburan, Panel Pelaburan dan Lembaga Pengarah.

"LTAT disokong leh Rangka Kerja Peruntukan Aset Strategik dan disokong oleh pelbagai dasar dan garis panduan pelaburan bagi memastikan portfolio pelaburan yang sihat.

"LTAT telah mencapai kemajuan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti yang dilihat dalam prestasi kewangan tahun ke tahun yang bertambah baik," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun pemulihan pengisytiharan dividen ke tahap mampan dijangka memberi manfaat secara langsung kepada pencarumnya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI