JOHOR BAHRU, 7 Februari- Kerajaan Johor memperuntukkan RM5 juta bagi menjayakan Program Jualan Kasih Johor sepanjang tahun ini.
Ia menyasarkan penganjuran pada setiap musim perayaan besar.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, program berkenaan memberi tumpuan kepada jualan barang keperluan harian seperti ayam, ikan, minyak masak dan telur, dengan kerajaan menyediakan subsidi bagi setiap barang berkenaan.
"Kebetulan yang pertama tahun ini, kita bagi tumpaun Gong Xi Fa Chai... Selepas tu raya, Deepavali dan sebagainya...Kita buat di seluruh negeri Johor dan sasarannya, lebih 800,000 keluarga dapat manfaat daripada Jualan Kasih ini," katanya selepas melancarkan program berkenaan di Taman Johor, Johor Bahru sempena musim perayaan Tahun Baru Cina di sini.
Jualan Kasih Johor berlangsung sejak 4 Februari hingga 9 Februari ini, melibatkan kira-kira 30 lokasi di seluruh negeri.
Bagaimanapun kerajaan negeri akan memperluas penganjuran program itu pada musim bukan perayaan, sekiranya mendapat permintaan tinggi.