LRT3 sasar 67,000 penumpang sehari pada tahun pertama

Menteri Pengangkutan Anthony Loke meninjau projek LRT 3 pada 4 Jun lalu. / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia menyasarkan purata 67,000 penumpang sehari pada tahun pertama operasinya.

RINGKASAN BERITA AI
  • LRT3 akan bersambung dengan Laluan Kelana Jaya melalui Stesen Glenmarie 2 dan turut memberi sambungan ke Laluan Kajang.
  • Tren beroperasi setiap 7.5 hingga lapan minit dengan kapasiti sekitar 624 penumpang bagi setiap tren.
  • Penyambungan laluan dijangka menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta memudahkan perjalanan orang ramai.
  • Pengguna Pas My50 boleh menggunakan Laluan Shah Alam tanpa sebarang pertambahan kos langganan bulanan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Amir Hamdan opimis sasaran itu mampu dicapai menerusi integrasi Laluan Shah Alam dengan rangkaian rel sedia ada di Lembah Klang.

Menurut beliau, laluan berkenaan akan bersambung dengan Laluan Kelana Jaya menerusi Stesen Glenmarie 2 dan Laluan Kajang di Stesen Bandar Utama.

“Tren akan beroperasi pada kekerapan antara 7.5 hingga lapan minit dengan kapasiti sekitar 624 penumpang bagi setiap tren,” katanya ketika ditemu bual RTM di Angkasapuri di sini.

Jelasnya lagi, penyambungan laluan itu dijangka menggalakkan penggunaan pengangkutan awam selain memudahkan perjalanan orang ramai.

Langkah itu juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian serta kos perjalanan.

Tambahnya, pengguna Pas My50 boleh menggunakan Laluan Shah Alam tanpa sebarang pertambahan kos langganan bulanan.

LRT3 dijadual mula beroperasi Isnin depan selepas majlis perasmiannya pada Ahad ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.