fb fb fb fb fb

Lori tanah terbabas, akibatkan dua maut dan tiga cedera

Foto Ihsan JBPM

POKOK SENA, 3 Disember- Dua wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan termasuk sebuah lori tanah di Jalan Kolon, Pokok Sena, Kedah, pagi tadi.
 
Mangsa yang maut dikenali sebagai Romadiah Ismail, 65 dan Nadzifah Abu Seman, 28 tahun.
 
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata hasil siasatan mendapati lori terbabit dari arah Alor Setar terbabas dan masuk ke laluan bertentangan, lalu terbalik sebelum berlanggar dengan dua buah kereta dan sebuah pacuan empat roda.
 
Tambahnya, sebelum kejadian lori tersebut dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal yang berada di laluannya.
 
Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar turut membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.
 
Kes disiasat bawah Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM