fb fb fb fb fb

Lonjak ekonomi dan perkhidmatan,Inisiatif KFL perlu jadi contoh kepada PBT lain

Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu (tengah)

KULAI,17 Ogos-Inisiatif Kulai Fast Lane (KFL) diperkenalkan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), perlu dicontohi pihak berkuasa tempatan (PBT) lain, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu berkata, usaha dilakukan MPKu itu berjaya meningkatkan pelaburan sehingga 171 peratus, bersamaan RM45 billion.

Katanya, KFL juga mencipta 7,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi setempat.

"Kerana kalau kita punya proses mengambil masa yang lama kita akan ketinggalan. Di sebelah sempadan kita. Singapura dan Thailand. Kedua-dua negara ini memang menjadi tumpuan pelabur. kenapa? Kerana sistem mereka proses permohonan yang cepat. Itu kita kena perbaiki", katanya yang ditemui pemberita selepas melakukan sesi lawatan kerja di Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) di sini.

Dalam pada itu, Shamsul Azri optimis kedudukan negara dalam Ranking Daya Saing Sedunia (WCR) IMD, boleh ditingkatkan, daripada kedudukan terkini, iaitu tangga ke 34.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD