(Nga Kor Ming)
HULU SELANGOR, 20 September- Loji Tenaga Boleh Baharu (TBB) terbesar di Malaysia yang terletak di Bukit Tagar Enviro Park (BTEP), Hulu Selangor dengan kapasiti 12 Megawatt (MW) dilancarkan hari ini.
Insinerator, Biogas, Anaerobic Digestor, Mechanical and Biological Treatment antara teknologi yang digunakan dalam menukar "sisa kepada tenaga" (WtE).
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan bagi mencapai tenaga boleh baharu sehingga 40 peratus menjelang 2025.
"Penghasilan tenaga ini dapat mengurangkan 2.7 juta tan karbon di bawah skim Mekanisme Pembangunan Bersih, bersamaan 43.6 juta anak pokok yang ditanam dalam masa 10 tahun, pengurangan penggunaan 296 juta liter petrol dan pengurangan 570,000 kereta yang dipandu dalam tempoh setahun," katanya selepas merasmikan loji berkenaan di BTEP di sini.
BTEP telah mengurus dan melupuskan sekitar 17 juta tan sisa pepejal dari kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak April 2005.
BTEP juga berupaya menukar gas metana daripada sisa pepejal kepada tenaga boleh baharu dengan anggaran 339 juta kilowatt-jam (kWj) tenaga elektrik disalurkan ke grid nasional.
(Nga Kor Ming)