fb fb fb fb fb

Loji rawatan kumbahan terbesar di Melaka beri manfaat 140,000 penduduk sekitar

BATU BERENDAM, 21 Mac- Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan hampir RM111 juta untuk Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau yang merupakan loji rawatan kumbahan terbesar di Melaka.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, loji menggunakan teknologi rawatan 'Extended Aeration' (EA) berkenaan mampu merawat sisa kumbahan sehingga 126,000 meter padu sehari.

"Ini adalah loji ketiga kita bina di Melaka dan loji Batu Berendam ini adalah yang terbesar dan boleh memberi manfaat kepada 140,000 penduduk sekitar Batu Berendam untuk mendapat akses perkhidmatan pembetungan yang moden dan berkauliti," katanya selepas majlis perasmian dan penyerahan projek berkenaan di sini.

(Menteri KASA, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man)

Tambah beliau, dengan pengoperasian loji tersebut, loji-loji kecil melibatkan 61 loji awam dan sistem pembetungan di 10 premis kerajaan akan ditamatkan secara berperingkat.

Sementara itu, KASA turut mencadangkan sistem bil bersepadu antara Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) yang menggabungkan pembayaran utiliti air dan pembentungan di Melaka selepas melihat keberkesanan pelaksanaannya di Terengganu dan Labuan.

Media Baharu