fb fb fb fb fb

Limpahan ekonomi pembangunan negeri, wujud peluang pekerjaan gaji lumayan

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi

KLUANG, 10 November- Peluang pekerjaan bergaji lumayan merupakan antara manfaat bakal diterima penduduk sekitar Simpang Renggam, Kluang, hasil pembangunan pesat negeri.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, itu antara limpahan ekonomi daripada pembangunan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) dan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

"Kita hendak memastikan bahawa anak-anak kita yang keluar daripada sekolah, mempunyai pemikiran yang berdaya saing, maju daripada segi pemikiran, boleh diketengahkan sebagai pelajar-pelajar terbaik bangsa", katanya.

Ketika ini, Kerajaan Johor memberikan komitmen penuh, untuk menyalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah di kawasan itu, sekiranya terdapat keperluan.

Pihak sekolah, guru dan murid boleh membuat permohonan bantuan keperluan bukan sahaja melalui kerajaan negeri, tetapi juga melalui Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam, dan Pejabat ADUN Layang-Layang.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian Kawasan Machap di Simpang Renggam, Kluang. Bank Rakyat menyumbang RM100,000 kepada para pelajar sekolah di kawasan tersebut.

Turut hadir, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad, dan ADUN Negeri Layang-Layang, Datuk Abdul Mutalip Abdul Rahim.

ROSLINA BINTI DIN