(Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)
KUALA KURAU, 4 Oktober- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau menahan dua bot fiber bersama lima nelayan warga Myanmar di kedudukan 9.9 dan 10 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau pada Isnin lalu.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata kedua-dua bot terbabit dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan dan dirapati untuk pemeriksaan.
Lima nelayan yang ditahan berumur 13 hingga 41 tahun dan mereka merupakan pemegang kad United Nations High Commissioner for Refugees (UNCHR).
"Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati kedua-dua bot terbabit memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemilik dan tiada kebenaran menggunakan kru warga asing oleh ketua pengarah perikanan Malaysia.
"Kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969/63 dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985," kata Mohd Najhan menerusi kenyataan.
(Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)