fb fb fb fb fb

Lima rakyat Malaysia buat keputusan kekal di Iran

Datuk Seri Mohamad Hasan/ BERNAMA

REMBAU, 28 Jun- Lima rakyat Malaysia membuat keputusan untuk kekal berada di Iran serta sudah menandatangani aku janji untuk tidak menyertai evakuasi pulang ke negara ini.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, lima individu itu terdiri daripada empat orang pelajar dan seorang peniaga yang memilih untuk tinggal di sana, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Wisma Putra.

"Saya telah mengarahkan suapaya semua rakyat Malaysia yang ada di Iran untuk pulang ke tanah air, namun empat orang pelajar yang masih tinggal di sana dan seorang peniaga telah menandatangani surat aku janji kerana tidak mahu pulang.

"Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Malaysia dan Wisma Putra. Individu lain yang berada di Iran telah dibawa pulang pada tengah malam pada 21 Jun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Koperasi kali ke-52 Koperasi Kaum Ibu Penajes di sini.

Terdahulu media melaporkan seramai 24 individu dan seorang Rakyat Singapura selamat tiba di Malaysia pada 21 Jun lalu.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa ruang udara Qatar telah dibuka dan rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI