fb fb fb fb fb

Lima nelayan warga asing ditahan, langgar syarat sah lesen

Lima nelayan warga asing termasuk tekong ditahan di kedudukan 11 batu nautika barat Pulau Buloh, Lumut

LUMUT, 30 Disember- Lima nelayan warga asing termasuk tekong ditahan di kedudukan 11 batu nautika barat Pulau Buloh, di sini kira-kira pukul 1.45 petang semalam.
 
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Mairitim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kapten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata penahanan itu dibuat ketika pihaknya sedang melaksanakan rondaan di sekitar lokasi menerusi Op KM Gagah.

Setiba di lokasi menemukan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat kru warga Myanmar berumur antara 21 hingga 41 tahun.
 
Pemeriksaan lanjut mendapati, VNT tersebut melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang dari 15 batu nautika dan menggunakan nelayan asing tanpa dokumen pengenalan diri sah.
 
Kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui.
 
Kesemua nelayan ditahan, manakala vesel dan hasil tangkapan beserta peralatan menangkap ikan turut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI