fb fb fb fb fb

Cuaca baik, Hulu Terengganu dan Kemaman pulih sepenuhnya

Banjir di daerah Hulu Terengganu dan Kemaman pulih sepenuhnya ekoran cuaca baik

KUALA TERENGGANU, 30 Disember- Banjir di daerah Hulu Terengganu dan Kemaman pulih sepenuhnya ekoran cuaca baik di beberapa kawasan sejak pagi tadi. 

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 4.00 petang tadi, 242 penduduk masih ditempatkan di lima pusat perlindungan sementara (PPS) di Besut. 

Sementara itu cuaca di Terengganu juga dijangka bertambah baik dalam tempoh beberapa hari akan datang dan semua amaran hujan berterusan ditamatkan.

Bagaimanapun, masih ada kemungkinan berlaku hujan berterusan kerana negara masih dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka sehingga Mac depan.

Terbaharu, Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan luruan monsun diramal berlaku pada 5 hingga 7 Januari depan. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI