fb fb fb fb fb

Lima lelaki ditahan di Simpang Renggam, cuba seludup diesel

FOTO POLIS KLUANG

KLUANG, 20 Mac- Polis menahan lima lelaki dalam satu serbuan di  Kampung Pisang, Machap, Simpang Renggam, Johor, Isnin lalu dipercayai menyeludup minyak diesel bersubsidi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, suspek berusia antara 28 hingga 57 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran untuk memiliki atau membawa barang kawalan tanpa permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). 

Turut dirampas, sebuah lori, serangkai anak kunci, tangki muatan penuh 32,000 liter dengan anggaran isipadu minyak diesel bersubsidi sebanyak 17,000 liter dan barangan lain dengan nilai rampasan kira-kira RM130,000.

Kesemua tangkapan diserahkan kepada pegawai penyiasat KPDN untuk tindakan selanjutnya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE