fb fb fb fb fb

Lima geng pecah premis perniagaan ditahan

(Foto FB Polis Daerah Kuala Langat)

KUALA LANGAT, 13 Februari- Polis menumpaskan geng pecah premis perniagaan, susulan penangkapan lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di Kuala Langat dan Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pemilik kedai mengatakan premisnya di Kampung Medan, Telok Panglima Garang telah dipecah masuk pada Jumaat.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bersama Balai Polis Telok Panglima Garang menahan dua suspek di Sungai Kapar, Klang pada pukul 5.00 petang semalam.

Menerusi soal siasat yang dilakukan membawa kepada penahanan tiga lagi suspek di Telok Panglima Garang, kira-kira pukul 6.30 petang.

"Polis merampas pelbagai peralatan disyaki hasil samun premis alat perkakas seperti mesin gergaji, mesin pemotong besi, mesin gerudi dinding dan penukul, selain telefon bimbit.

"Semakan mendapati suspek masing-masing berusia 27 hingga 37 tahun memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya boleh dikenakan denda atau sebat jika disabit kesalahan," katanya.

(Foto FB Polis Daerah Kuala Langat)

Media Baharu