fb fb fb fb fb

LIMA'25 : Langkawi destinasi bertaraf dunia, tingkat pelancongan negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

LANGKAWI, 19 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Langkawi antara destinasi pelancongan bertaraf dunia selain tuan rumah kepada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).

Justeru para delegasi antarabangsa yang hadir ke pulau legenda itu berpeluang meneroka keindahan Langkawi sekali gus merancakkan industri pelancongan negara seiring Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

"Anda (pengunjung) boleh mandi di laut Langkawi sepanjang tahun selain menikmati keindahan dan sejarah Langkawi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada majlis perasmian LIMA’25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), di sini.

Selain itu Datuk Seri Anwar turut menyarankan para peserta LIMA'25 mengambil peluang dengan menjalin jaringan strategik sepanjang pameran tersebut berlangsung.

LIMA'25 bertemakan 'Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan' berlangsung selama lima hari bermula pada 20 hingga 24 Mei.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI