LANGKAWI, 24 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba kira-kira pukul 8.35 pagi tadi.
Ketibaan Perdana Menteri diringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Beliau kemudian melawat pameran statik pesawat yang menampilkan beberapa aset pertahanan udara milik TUDM.
Datuk Seri Anwar turut bertemu barisan pasukan udara yang terlibat dengan pertunjukan aerobatik membabitkan lima buah negara iaitu Indonesia, China, Korea Selatan, Rusia dan Emiriah Arab Bersatu.
(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) melihat aset ketenteraan yang dipamerkan
ketika mengadakan walkabout sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23)
di Tarmac Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini/FOTO BERNAMA)
Usai di landasan terbang atau TARMAC, Perdana Menteri dan isteri kemudian memasuki dewan utama MIEC yang melibatkan pelbagai pavilion dan reruai.
LIMA edisi kali ini menampilkan 525 pempamer mewakili 140 syarikat seluruh dunia.
LIMA ‘23 bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” bermula semalam hingga 27 Mei ini.