(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semasa merasmikan LIMA 2023)
KUALA LUMPUR, 16 Januari- Dianggarkan sebanyak RM7 bilion hingga RM8 bilion kontrak perolehan akan dimeterai menerusi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2023).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan optimis, LIMA 2023 akan terus menjadi platform utama untuk pemain industri bertukar pandangan selain menjalinkan kerjasama antara negara.
(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan/BERNAMA)
"Kerana sudah empat tahun dan banyak negara di rantau asia pasifik sedang teliti dan menilai untuk beli aset dan juga perolehan.
"Jadi ini merupakan tempat pemain industri pertahanan udara dan maritim untuk bertukar pandangan serta menjalinkan kerjasama teknologi antara syarikat masing-masing", katanya pada sidang media selepas merasmikan LIMA 2023 di Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa (MITEC) di ibu negara.
Pameran antarabangsa itu akan disertai sekurang-kurang 600 syarikat pempamer membabitkan 30 negara.
Sebanyak 360 syarikat pemain industri pertahanan dan keselamatan serta 240 syarikat komersial bakal menyertai pameran itu.
Penganjuran LIMA 2023 akan berlangsung di Langkawi bermula 23 hingga 27 Mei depan.