fb fb fb fb fb

Leverkusen rampas kedudukan pendahulu Bundesliga sebelum Krismas

FOTO REUTERS

LEVERKUSEN, 21 Disember- Jaringan hatrik oleh Patrik Schick pada separuh masa pertama membantu Bayer Leverkusen menang 4-0 pada pertemuan menentang VfL Bochum.

Kemenangan itu sekali gus melonjakkan Leverkusen di persada liga dengan kelebihan empat mata.

Leverkusen yang belum tewas sepanjang kempen Bundesliga bermula agak perlahan, namun berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh 15 minit pada separuh masa pertama.

Penyerang Czech, Patrik Schick menjaringkan gol pada minit ke-30, 32, sebelum menambah jaringan pada minit akhir permainan separuh masa pertama bagi menjadikan kedudukan 3-0.

Bersambung babak kedua, Bayer Leverkusen menambah jaringan keempat menerusi Victor Boniface pada minit ke-69.

Leverkusen berada di persada liga dengan 42 mata, empat mata di hadapan Bayern Munich yang berkelebihan satu perlawanan.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD