fb fb fb fb fb

Letupan gudang mercun: Dua maut, puluhan cedera di Karachi

Foto VIORY

KARACHI, 22 Ogos - Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala puluhan lagi cedera selepas letupan kuat disusuli kebakaran di sebuah gudang mercun di Karachi, semalam.

Rakaman video menunjukkan kepulan asap hitam tebal di lokasi kejadian, manakala pasukan penyelamat bersama anggota tentera bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Menurut laporan media, 33 mangsa cedera telah dihantar ke hospital dengan dua daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa memaklumkan lebih 50 kilogram bahan letupan disimpan di bawah tanah bangunan yang terletak di kawasan padat penduduk itu.

Siasatan berhubung insiden berkenaan kini sedang dijalankan. -VIORY

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM