fb fb fb fb fb

Lepasan SPM kurang memuaskan boleh sambung pelajaran dalam bidang TVET

Datuk Rahmad Mariman

BUKIT BERUANG, 27 Mei- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan kurang memuaskan disaran untuk memanfaatkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pelbagai bidang berasaskan teknikal.

Exco Pendidikan Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata, pendidikan dalam bidang TVET dilihat berupaya melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpotensi tinggi untuk mendapatkan pekerjaan selepas bergraduasi.  

Pelbagai inisiatif juga dirangka kerajaan demi memperkasakan insitusi TVET dalam melahirkan tenaga kerja TVET yang kompeten dan peluang itu harus digunakan sebaik mungkin.

"Kalau mahu yang terbaik boleh ulang balik peperiksaan. Kedua kita mempunyai institusi TVET yang menyediakan peluang pendidikan dan pelajaran kepada mereka.

"Insya-Allah kerajaan negeri sedang berusaha keras untuk mewujudkan Taman Perindustrian Jerman yang memerlukan pelajar-pelajar TVET yang ramai," katanya ketika mengumumkan Keputusan Peperiksaan SPM 2023 Negeri Melaka di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI